STEVIA - PENGGANTI GULA
Pokok
stevia atau "sweet honey leaf" masih belum disyorkan untuk penanaman
secara komersial di negara ini meskipun ia menghasilkan bahan yang lebih sihat
berbanding gula. Tumbuhan itu juga dikenal pasti tidak mengandungi kalori,
lemak, karbohidrat serta toksid menjadikan ia paling sesuai sebagai pemanis
semula jadi menggantikan gula dan pemanis tiruan lain seperti aspartame dan
sukrosa.
Stevia
Rebaudiana adalah herba renek yang berasal dari Paraguay. Rasa manis yang
terhasil daripada daun tumbuhan dikatakan diguna oleh masyarakat peribumi
Paraguay dan Brazil sebagai pemanis minuman, makanan dan ubat-ubatan sejak
ratusan tahun lalu walaupun penggunaan pertamanya direkodkan saintis, Antonio
Bertoni, di Paraguay pada 1887. Stevia tidak mengandungi kalori sungguhpun 300
kali lebih manis berbanding gula.
Stevia
merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium
yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung
selepas ia disiram. Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu
disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika
kekurangan air. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Dalam
keadaan optimun, stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih.
Ia mengeluarkan bunga kecil berwarna putih. Bentuk bunganya menyerupai
bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan
biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang.
Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak
menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah
sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.
Bahan
aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali
sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan
aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang
tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya
untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes.
Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi,
mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.
Stevia
telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan
Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red
Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan
terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga
digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia
sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan
kencing dan merawat luka terbakar.
Kegunaan
stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak
itu, ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah di bawa ke Asia.
Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun
ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia
boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.
Ciri
paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak
mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar
kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300
kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji
untuk menjalankan kajian terhadap Stevia.
Kajian
terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia
manis iaitu steviosid dan ia tidak bertoksid. Ia juga didapati tidak
menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan.
Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan
stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap
kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun
stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada
tikus jantan.
Kajian
saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati steviosid berkeupayaan untuk
menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian
dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa
Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek
diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari.
Pemeriksaan
terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan,
tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya
berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid
yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia
mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit
darah tinggi.
Satu
kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang
terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos
terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. Steviol didapati
tidak menghasilkan glukos. Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah
menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang
dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan
kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta.
Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi
untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.
Stevia
tidak begitu popular dikalangan rakyat Malaysia yang masih gemarkan makanan dan
minuman bermanis yang berlebihan. Ada negeri di Malaysia yang semua
masakkannya manis bergula. Masih ramai yang minat makan roti canai cicah
gula. Masih ada yang merungut kalau teh tariknya kurang manis.
Semakin ramai yang mengidap diabetes dan semakin ramai yang menderita
kerananya, namun, ianya tidak mampu mengurangkan kebergantungan kepada gula @
manisan dari tebu ini.
Stevia
boleh menjadi alternatif kepada gula tebu, namun sehingga kini pelbagai kajian
terus dijalankan untuk memastikan samada stevia ini mampu dan berupaya untuk
menjadi pengganti kepada gula ataupun tidak.
Jika
anda bertemu dengan kajian sebaliknya yang menyatakan bahawa stevia juga boleh
memudaratkan - pastinya maklumat ini datang dari kempen-kempen pengusaha
terkemuka dunia yang menjadikan gula tebu sebagai asas dalam produk keluaran
mereka.
Stevia
bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat yang dihasilkan daunnya
boleh menggantikan gula.Ia dikatakan boleh menggantikan gula untuk pesakit
kencing manis, yang juga dikategorikan sebagai pokok renek sesuai menjadi
penghias penutup bumi.
Daunnya
berbentuk bujur manakala batangnya lembut, halus dan bergerutu. Ia boleh
membesar setinggi satu meter manakala bunganya kecil berwarna putih menyerupai
bunga aster, cuma saiznya lebih kecil.
Stevia
adalah satu daripada 240 spesies herba daripada keluarga bunga matahari
(Astereacea). Justeru, stevia menghasilkan biji benih apabila matang.
Pokok
ini boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji
benihnya amat rendah sehingga jarang dibiakkan dengan cara itu. Maka,
pembiakannya selalunya menggunakan keratan batang.
Stevia
berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika
Tengah, ada yang menyatakan ia berasal dari Paraguay.
Selain
untuk landskap, stevia digunakan secara meluas sebagai pemanis. Namun, stevia
yang biasa digunakan sebagai pemanis ialah daripada spesies rebaudiana.
Ia mula
digunakan kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun lalu sebagai
pemanis teh herba dan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai
penawar menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka
terbakar.
Di
Eropah, kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari pada kurun ke-16 dan ia
kemudian dibawa ke Asia. Kajian mengenai tumbuhan ini dimulakan pada awal kurun
ke-19 apabila pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia
boleh memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh herba yang kelat.
Pakar
botani Paraguay, Moises S Bertoni banyak menulis mengenai tumbuhan ini sehingga
ramai yang tahu keunikan dan kelebihannya.
Uniknya,
stevia adalah pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya
dikatakan 300 kali lebih manis daripada gula biasa. Kajian mendapati kandungan
utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid.
Ia juga
didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi kesan terhadap
kesuburan, namun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan stevia.
Satu
kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala
satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati
menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.
Hasil
dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah
berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan
sebagai bahan alternatif atau tambahan untuk pesakit darah tinggi.
Ada
pendapat menyatakan stevia juga digunakan sebagai tonik untuk jantung dan
berfungsi menstabilkan tekanan darah serta degupan jantung.
Kini,
berjuta-juta orang di Brazil dan Jepun menggunakan stevia sebagai perisa
makanan dan pemanis semula jadi, malah menjadi perisa makanan diluluskan sejak
20 tahun lalu.
Penduduk
Jepun adalah pengguna paling besar menggunakan stevia untuk memaniskan hampir
semua produk makanan termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat.
Malah,
dilaporkan syarikat pengeluar minuman seperti Coca Cola menggunakan ekstrak
stevia sebagai gantian kepada NutaSweet dan sakarin untuk produk mereka yang
dipasarkan di Jepun, Brazil dan Kanada.
Di
Amerika Syarikat, stevia menjadi bahan larangan yang tidak boleh digunakan
terhadap produk makanan. Ini mungkin kerana monopoli pengeluar pemanis tanpa
kalori sintetik yang terdapat di sana.
INFO:
Stevia
·
Tanah kompos, tanah campuran bukan tanah liat yang menakung air
·
Stevia memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi serta
perlu disiram dua kali sehari dalam cuaca panas.
·
Pokok ini akan cepat kering dan mati jika kekurangan air.
·
Dos yang biasa digunakan dan dicadangkan untuk penggunaan stevia
ini ialah 1/4 sudu makan.
·
Daunnya yang dihancurkan digunakan untuk menggantikan 1 sudu
makan gula biasa.
·
Nama Tempatan: Stevia
·
Nama Saintifik: Stevia rebaudiana
·
Nama Lain: Teh manis, sweet leaf of Paraguay, caa-he-éé, kaa
jheéé, ca-a-jhei, ca-a-yupi, azucacaa, eira-caa,
·
Sinonim: Eupatorium rebaudianum capim doce, erva doce,
sweet-herb, honey yerba, honeyleaf, yaa waan, candy leaf, sugarleaf.
·
Famili: Astereacea
·
Asal: Paraguay
Antara ciri-ciri stevia ialah:
·
Menurunkan kadar gula dalam darah
·
Melawaskan kencing
·
Menurunkan tekanan darah
·
Membunuh bakteria
·
Membunuh kulat
·
Membunuh virus
·
Mengurangkan keradangan
·
Membantu menurunkan berat badan


